Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akibat tidak dapat menerima kekalahan yang dialami, kumpulan pengganas di Syria bertindak menumpahkan darah penduduk awam di beberapa wilayah demi memastikan pengikut mereka tidak patah semangat.Menurut kumpulan "Daulah Islami Iraq Sham", mereka telah membunuh seorang ulama bernama Sheikh Badr Eddin Ghazal yang diculik pada 5 Ogos lalu di Aleppo Utara.Kumpulan pengganas turut menyebarkan gambar-gambar beliau dalam keadaan berdarah akibat diseksa mereka.Dengan laporan ini, rundingan yang telah diusahakan untuk menyelamatkan ulama ini tidak membuahkan sebarang hasil.


